Friday, September 4, 2009

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL...

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil iaitu pilihan raya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksikan persaingan yang sengit.

Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.

* Jika kawasan ini, yang dikatakan kubu kuat BN dari dulu akan jatuh ke pangkuan Pakatan Rakyat. Ini menandakan satu malapetaka yang dahsyat akan melanda BN dalam PRU- yang ke-13. Kita tunggu dan lihat....

2 comments:

Pemuda UMNO Ranau said...

BN perlu merangka strategi yang terbaik bagi mendapatkan mandat penuh rakyat.

Pemuda Ranau berkeyakinan dengan kepimpin YAB Perdana Menteri usaha dalam mengecapi gagasan 1 Malaysia itu berupaya memberi lembaran baru dalam mengembali kepercayaan rakyat kepada pemerintah.

Pastinya, kerusi DUN ini masih dipunyai oleh BN. Saya menaruh keyakinan tinggi kemenangan BN nanti.

RantauAnakDesa said...

Saya mengharagai keyakinan Pemudaranau. Cuma, jgn sampai keyakinan yg menggunung itu boleh melalaikan kita utk terus berusaha mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Perlu disedari,senario yg berlaku sekarang amat-amat memihak kepada PR yang begitu licik memanipulasikan sesuatu isu.

Saya menunggu sahabat2 pemudaranau utk sama-sama turun berkempen di Bagan Pinang...Insyaallah.