Wednesday, September 30, 2009

"ISA Masih Diperlukan"




1. Pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang telah dibuat dan ianya merupakan pilihan yang tepat. Pemilihan Mohd. Isa juga sudah pun dijangka berdasarkan populariti beliau. Rekod penglibatan beliau, yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, dalam politik dan pilihan raya menunjukkan Mohd. Isa dapat diterima dan disokong oleh rakyat pelbagai kaum.

2. Pengumuman pemilihan Mohd. Isa oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu juga sudah tentu mengambil kira semua itu serta ketokohan beliau. Sepanjang karier politiknya, Mohd. Isa pernah dikritik tetapi beliau telah membuktikan dirinya seorang anggota UMNO yang tetap patuh dan setia kepada kehendak serta keputusan parti.

3. Dengan kriteria-kriteria yang dimiliki dan ada pada Mohd. Isa tersebut akan membantu dan memudahkan jentera pilihan raya BN bergerak lancar di Bagan Pinang. Pada masa sama masyarakat keseluruhannya tetap yakin rakyat di Bagan Pinang akan memberi isyarat jelas dalam menyokong BN pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini, seperti mana yang ditunjukkan pada masa-masa lepas. 'Nampaknya ISA masih diperlukan, dan jangan hapuskan ISA'.


Tuesday, September 29, 2009

BN PERLU CARI PLATFORM BARU GANTI MIC


1. Seperti yang di uar-uarkan, sebuah parti baru yang akan mewakili kaum India, Makkal Sakhti bakal dilancarkan secara rasmi penubuhannya pada 10 Oktober ini dan pada masa yang sama buat kali keenam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) akan mengulangi permintaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

2. Selain itu kita juga tidak harus melupakan Parti Progresif India (IPF) yang sebelum ini sememangnya berhasrat untuk menjadi ahli komponen kepada BN. Berdasarkan kepada senario ini dan berikutan perkembangan politik semasa adalah jelas masanya sudah tiba untuk BN mengkaji menambah parti komponen yang mewakili kaum India. Sama ada hendak diakui atau tidak, MIC kini bukan lagi menjadi taruhan BN bagi meraih sokongan kaum India. Pencapaian yang merosot dalam pilihan raya umum lalu dan sokongan yang semakin merudum sudah membuktikan era dominasi MIC sudah berada di penghujungnya...

3. MIC tidak lagi digeruni oleh parti pembangkang sebagai parti yang boleh membolot undi masyarakat India. Sebaliknya dari semasa ke semasa, parti berkenaan semakin ditolak oleh kaum itu, biarpun MIC mendakwa mereka adalah jaguh kaum India. MIC bukan lagi parti dominan yang mewakili mejoriti kaum India dalam BN.. Kewujudan pertubuhan Hindraf, penubuhan parti Makkal Sakhti, peningkatan jumlah anggota dalam IPF pertambahan keahlian kaum India dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan terdapat pula sebahagian kecil kaum India memilih Parti Gerakan sebagai wadah perjuangan politik mereka sudah membuktikan bahawa MIC semakin kehilangan pengaruhnya.

4. Oleh itu, BN tidak boleh lagi selama-lamanya bergantung kepada MIC bagi meraih sokongan kaum India. Perkembangan politik yang berlaku sudah membuktikan bahawa sokongan kaum tersebut kepada BN akan terus merosot jika parti berkenaan hanya bergantung kepada MIC. BN perlu mencari alternatif bagi menambah atau lebih tepat lagi memulihkan sokongan kaum itu. Seperti mana kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan tidak boleh kehilangan pengaruh di kalangan masyarakat India. Atas alasan itu, maka jika Parti Makkal Sakhti diterima sebagai ahli komponen terbaru dan ditambah pula dengan kehadiran KIMMA yang mewakili kaum India Muslim, maka kekuatan BN akan bertambah.

5. Tidak usahlah BN terlalu memikirkan apa yang MIC terutama Presidennya, Datuk Seri S.Samy Vellu katakan. Apa yang lebih penting ialah survival politik BN. Akibat kegagalan MIC meraih sokonganlah yang menyebabkan pakatan pembangkang menjadi kuat apabila semakin ramai calon daripada kaum India mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya. Semua itu berlaku kerana orang sudah muak dengan MIC, malah pendirian tegas Samy Vellu untuk terus kekal berkuasa boleh dianggap mampu memberikan liabiliti kepada BN seperti mana dikatakan oleh Dr. Mahathir sebelum ini.

6. Dalam memperkatakan soal menerima Parti Makkal Sakhti sebagai komponen BN bersama-sama KIMMA, tiada siapa pun perlu gundah gulana, apatah lagi MIC. Kalau Samy Vellu begitu yakin bahawa sokongan kaum India kepada parti pimpinannya tidak akan berubah, maka kehadiran parti baru itu tidak harus dibimbangkan. Biarlah Makkal Sakhti berusaha meraih sokongan daripada kaum India bersama-sama MIC kerana itu adalah lebih baik. Tambahan pula kalaulah kaum India menyokong salah satu parti itu, yang akan meraih keuntungan ialah BN.

7. Pada masa ini, kita harus akui bahawa MIC sedang dilanda pelbagai kemelut, selain permusuhan yang berpanjangan antara bekas Timbalan Presiden, Datuk S.Subramaniam dengan Samy Vellu, ternyata sekali MIC berada di ambang perpecahan. Kalau ia berlanjutan sudah pasti ini akan menjejaskan kekuatan BN. Justeru adalah lebih baik jika dominasi MIC sebagai satu-satu parti komponen dalam BN mewakili kaum India ditamatkan supaya segala masalah dalamannya yang berlaku tidak menyeret BN bersama-sama.

Monday, September 21, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN PENTAS POLITIK MURAHAN PAS

1. Sepanjang bulan puasa yang lalu banyak ceramah, tazkirah dan kuliah -kuliah di masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Apa yang menyedihkan ialah kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh Pas bagi ceramah-ceramah politik mereka. Sekadar beberapa contoh, di salah satu masjid penceramah memulakan dengan kata-kata menyeru kebaikan, dapat pahala dan akhirnya masuk syurga. Bukan hendak membuat penafian, sebab itu memang ajaran agama Islam begitu. Tapi kemudian kata beliau, Pas akan buat benda baik, sokong Pas, akan dapat pahala dan akan masuk syurga.

2. satu lagi tazkirah, seorang bekas calon Pas, memberitahu pendengar, katanya Islam menang di Permatang Pasir. Habis yang menang di Penanti itu Islam ke tidak sebab yang menang ialah itu ialah calon PKR?

3. Sebenarnya inilah pegangan taksub ahli-ahli parti berkenaan, iaitu apa yang mereka buat semuanya kerana Islam, orang lain tidak Islamik dalam semua perkara. Semua orang Melayu beragama Islam, apa bezanya dengan orang Melayu dalam Pas? Siapa yang berhak menentukan bahawa Melayu yang mengikuti parti lain tidak Islam.

4. Kita melihat betapa Pas telah menggunakan isu agama untuk perpecahan sebenarnya. Dalam BN, UMNO bekerjasama dengan Cina dan India juga. Walaupun atas nama bangsa, tetapi UMNO tidak pernah bersikap tidak adil dengan bangsa-bangsa lain. BN melaksanakan juga dasar Islam dan dipersetujui oleh orang Cina dan India dari MCA atau MIC. Setakat ini, tidak timbul masalah pun.

5. Pas bekerjasama dengan PKR, DAP dan memang jelas DAP akan menentang habis-habisan apa juga pelaksanaan berkaitan agama Islam. Lihatlah perbezaannya. Belum pernah, MCA atau MIC berkata langkah mayat mereka dahulu sebelum melaksanakan dasar-dasar pemerintahan Islam. Tetapi dalam PR, sudah pun disebut perkara itu. Di mana rasionalnya Pas bekerjasama dengan DAP dan menolak perpaduan atau kerjasama dengan UMNO, sebangsa dan seagama. Apa bezanya Islam Melayu dalam UMNO dengan Islam Melayu dalam Pas?

6. Tok guru pun tidak boleh dan tidak berhak menentukan Islam Melayu dalam UMNO tidak betul atau tidak boleh pakai? Siapa Tok Guru? Tazkirah di bulan mulia digunakan untuk mengata saudara-saudara yang seagama tetapi berbeza ideologi politik.

7. Sebab itulah sepanjang masa kita akan lihat betapa Pas sibuk dengan ceramah sahaja, tetapi apa yang dibuat untuk rakyat yang memilih mereka? Hendak selesaikan masalah babi, masalah arak, masalah kuil pun tidak mampu. Apa sahaja yang BN buat semua tidak betul dan tidak Islamik. Apakah perkara betul yang Pas buat?

8. Kes kepala lembu dalam siasatan, tetapi Harakah telah memberi tajuk depan UMNO dalang di sebalik kepala lembu. Kalau belum ada bukti, ini fitnah namanya. Tidakkah ini bertentangan dengan ajaran Islam. Lihat sahaja dalam beberapa perkara terlalu banyak tuduhan dan fitnah Pas dan PR melalui Harakah ke atas pemimpin-pemimpin BN. Siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka akan 'diaibkan' seperti kes ADUN Lunas, betapa didedahkan segalanya oleh PKR.

9. Mana Islamik dan mana keadilannya? Lihat sahaja dalam beberapa PRK, bagaimana pengisian ceramah-ceramah Pas, begitu banyak serangan peribadi kepada calon yang menentang calon mereka. Inikah yang dibenarkan dalam Pas yang kononnya mendokong perjuangan Islam. Kepada semua pemimpin PAS, sedarlah dan cukuplah apa yang telah anda lakukan. Perpaduan Islam sebenarnya semakin lemah angkara politik taksub dan fanatik yang pemimpin-pemimpin PAS terapkan.

10. Generasi Islam kini makin jauh dari agama. Nilai-nilai murni makin berkurangan dan kian pupus. Generasi muda yang hadir ceramah Pas, seronok kerana ceramah penuh cacian dan maki hamun, kemudian diikuti dengan jeritan takbir. Inikah yang diajar oleh Islam untuk disebarkan kepada anak-anak kita, seperti berguling-guling di atas jalan raya bagi membantah titah sultan?

11. Lihatlah tuduhan Mahafiraun dan Mahazalim tempoh hari. Apakah Mahathir lebih jahat dari firaun atau lebih zalim dari firaun. Di mana akal yang waras semasa membuat tuduhan berkenaan. Akhirnya yang Mahazalim itu juga berjaya membangunkan negara. Tidak ada pula tuduhan dari Mahathir kepada mana-mana pemimpin Pas.

Sunday, September 20, 2009

RETAK SERIBU YANG SEMAKIN JELAS

Tiada krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor, hanya Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang berhadapan dengan krisis. Demikian tegas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim semasa ditanya mengenai isu terbaru - Selcat - menghantui kerajaan negeri Selangor.

"Saya merasakan beliau (Dr. Hasan) dalam krisis, bukannya Pakatan. Pakatan tiada dalam krisis sehingga sekarang. Kita kukuh, kami mempunyai mandat yang kukuh.

"Saya melihat (Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim menikmati populariti yang cukup tinggi... orang ramai gembira dengan apa yang beliau lakukan, orang ramai gembira dengan pembaharuan dilakukan beliau termasuk pembaharuan kepada Dewan Undangan Negeri.

"Jadi, jika ada sesiapa yang tidak boleh duduk bersemuka dengan Tan Sri Khalid, itu adalah krisis mereka, bukan krisis Tan Sri (Khalid).

"Adalah tidak adil untuk mengatakan krisis Tan Sri," kata Teng ketika diminta mengulas isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Teng mengulas kenyataan Hasan yang diberikan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri/Menteri Besar yang dihadiri kedua-dua mereka.

Teng yang mempengerusikan Selcat, dianggotai tujuh anggota termasuk dua wakil Barisan Nasional (BN), mengulas isu Selcat yang dikritik apabila pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Katanya, siasatan diketuai Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Selcat akan mengadakan pertemuan susulan selama lima hari bermula 21 Oktober ini.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

KOMEN HASAN ALI

Kira-kira sejam sebelum ulasan Teng itu, Hasan yang ditemui wartawan mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri memberitahu, daripada hanya dianggotai oleh ahli-ahli politik memberitahu, keanggotaan Selcat boleh terdiri daripada bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka.

Hasan berkata: "Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."

"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan... sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat," kata Hasan lagi.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan.

"Saya juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, pegawai kanan kerajaan satu masa dahulu... jadi saya tahu perasaan mereka, saya tahu hati mereka, saya tahu fikiran mereka, dan saya tahu cara mereka beroperasi.

"Oleh itu, secara semula jadi saya bersimpati dengan mereka, kemungkinan... khususnya dalam isu yang membabitkan Selcat ini," kata beliau yang mengharapkan sesi pendengaran Selcat bulan depan ditangguhkan sehingga pengubahsuaian yang disarankan ini dilakukan.

TENG HAIRAN PENDIRIAN HASAN

"Saya agak hairan dengan Datuk Hasan yang jahil dengan amalan berparlimen kerana ini adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri.

"Tiada amalan sedemikian untuk tempoh selama 300 tahun yang lalu di mana jawatankuasa hak dan kebebasan dianggotai oleh bekas hakim dan anggota bukan Dewan... jadi, saya tidak tahu sama ada beliau jahil atau mahu mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini.

"Saya mengatakan bahawa berdasarkan amalan berparlimen di negara-negara Komanwel sejak 300 tahun lalu, saya tidak mendengar keanggotaan sedemikian, jawatankuasa hak dan kebebasan terdiri daripada mereka yang bukan anggota Dewan," kata Teng sambil menjelaskan, aturan mesyuarat DUN juga menetapkan keanggotaan perlu datang daripada semua parti.

"Jadi kita perlu mengambil kira pengiktirafan itu," kata Teng lagi.

"Parlimen adalah badan politik paling tinggi. Jadi, bagaimana anda boleh mengambil keluar unsur politik? Kita berada di sini juga menerusi politik.

"Jika sesiapa mahu membuat penghakiman, mereka harus menyertai bidang kehakiman, jadi hakim. Anda tidak boleh menyertai Parlimen, dengan anggota perundangan menjadi hakim," katanya.

Teng, pemimpin DAP, juga mempersoalkan kapasiti Hasan bercakap mengenai isu Selcat buat masa sekarang.

Hasan menjadi tumpuan dalam isu pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam di kawasan Shah Alam, Julai lalu.

"Ini bukan merupakan isu Pakatan. Beliau ada kapasiti, saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau bercakap.

"Apabila beliau bercakap mengenai pengharaman minuman keras, beliau bercakap sebagai pemimpin PAS. Bila bercakap sebagai pemimpin Pakatan, beliau bercakap mahu menukar setiausaha kerajaan negeri, penasihat perundangan, mahu tukar Pegawai Daerah dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan.

"Dan, sekarang mahu mengubah Selcat. Saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau mahu bercakap. Itu anda kena tanya beliau sendiri," kata Teng sambil menambah, perjalanan Selcat telah disambut baik oleh orang ramai.

"Orang ramai meletakkan harapan tinggi terhadap Dewan Undangan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Selcat, dan kita perlu memenuhi harapan itu," katanya.

Katanya, jika ada pihak yang mahu mengubahnya, "saya fikir sudah tiba masa bagi mereka mengkaji semula kedudukan mereka."

"Selcat adalah sesuatu yang baru di negara ini, tetapi bukan sesuatu yang baru jika diambil kira amalan berparlimen negara-negara Komanwel.

"Kita perlu bergerak ke hadapan. Dan, jika perlu ada perubahan di sana sini, kita boleh duduk dan berbincang.

"Tapi jika mahu dibubarkan sama sekali, saya rasa tidak boleh," katanya.

Katanya: "Tidak timbul soal pengubahsuaian. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan pengubahsuaian oleh Hasan Ali. Saya tidak melihat apa-apa masalah sekarang."

KOMEN MB KHALID

Mengulas isu yang sama, Khalid pula berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan untuk meneliti kaedah terbaik agar sistem komunikasi diuruskan dengan baik supaya tiada mana-mana pihak merasakan terguris dalam keadaan mahu bertindak secara terbuka dan telus.

Kata Khalid, beliau akan mengaturkan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut dalam waktu terdekat.

"Jika itu keadaannya saya perlu mengaturkan mesyuarat dengan Speaker dan anggota Selcat dengan pegawai-pegawai daerah, dan dengan Exco agar kita boleh mencari jalan dan cara bagaimana boleh menyelesaikan perselisihan faham dan niat kita," katanya.

Mengenai syor Hasan supaya sistem Selcat dikaji semula, Menteri Besar berkata, ia bukan dalam ruang lingkup prosedur DUN.- mStar Online.

Tuesday, September 15, 2009

SEMARAKKAN SEMULA LAGU 'MALAYSIA BERJAYA'




Malaysia Berjaya lagu 1Malaysia


MALAYSIA kita sudah berjaya
Aman makmur bahagia
Malaysia abadi selamanya
Berjaya dan berjaya
Berbagai kaum sudah berikrar
Menjunjung cita-cita
Satu bangsa satu bahasa
Malaysia Berjaya
Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur
Rakyat mewah
Kita sudah berjaya
Dengar semboyan kita berjaya
Gemuruh di angkasa
Satu bangsa satu negara
Malaysia Berjaya


1. Penulis amat tertarik dengan satu komen yang telah diluahkan oleh seorang pembaca dalam ruangan forum akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 September 09 berkenaan lagu Malaysia Berjaya.

2. Pada saya inilah lagu tulen semangat 1Malaysia. Seingat saya ketika di sekolah, saya begitu bersemangat menyanyikan lagu ini bersama rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

3. Liriknya begitu positif dan optimis dan boleh dijiwai semua kaum di Malaysia. Dan secara di bawah sedar, liriknya membuat kita bangga menjadi rakyat Malaysia. Bukankah itu yang kita perlukan pada ketika ini? Kembalikanlah lagu ini. Nyanyikanlah selepas Negaraku. Nyanyikan di sekolah, di acara rasmi atau tidak rasmi.

4. Gemilangkan semula lagu Malaysia Berjaya. Saya yakin semangat sayang dan banggakan Malaysia akan kembali bersemarak. Jiwa patriotik akan membara semula tanpa mengira kaum dan bangsa.

5. Malaysia Berjaya adalah lagu kita. Dicipta oleh anak jati Malaysia. Tutup mulut mereka yang selalu menuduh kita suka mencuri karya orang. Sesungguhnya lagu Malaysia Berjaya adalah sebuah karya yang mendahului zaman dan penulis merasakan pencipta asal lagu ini mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi terhadap sesuatu perubahan zaman. Kalau Singapura dengan Majulah Singapura, Indonesia dengan Indonesia Raya, Malaysia pula bangga dengan Malaysia Berjaya.

6. Oleh yang demikin, bersempena dengan sambutan hari penubuhan Malaysia yang diraikan setiap 16 September setiap tahun, penulis menyarankan lagu Malaysia Berjaya perlu diberi nafas baru dan dikumandangkan selepas lagu Negaraku. Selayaknya, lagu ini memberikan inspirasi yang sungguh bermakana dan menusuk ke dalam jiwa kalbu andai dihayati dengan penuh ketulusan.

TARBIAH ANAK-ANAK MELALUI PENDIDIKAN KEKELUARGAAN

1. Umum mengetahui betapa meruncingnya tahap dan nilai etika remaja Islam masa kini. Apakah keadaan ini menandakan institusi kekeluargaan semakin terhakis dan tidak lagi berfungsi dalam proses pentarbiahan terawal anak-anak. Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai role model dan qudwah hasanah (teladan) semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran.

2. Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah at-Tahrim ayat 6)

3. Ayat ini menegaskan tentang bahaya atau akibat daripada melanggar perintah Allah. Oleh itu, setiap individu Islam khususnya bapa wajib menyedari seterusnya mendidik anak, isteri dan keluarga yang kita kasihi dengan ajaran dan adab serta peraturan yang telah digariskan oleh Islam supaya diri dan keluarga kita terselamat dari kemurkaan Allah.

4. Penyelesaian perlu ditumpukan pada peringkat awal iaitu bermula dengan pengukuhan sistem kekeluargaan yang menitikberatkan pengukuhan nilai murni ke arah melahirkan keluarga harmoni. Pendidikan tidak formal oleh ibu bapa yang bermula dari rumah meliputi bimbingan, muhasabah dua hala dan pemantauan berterusan untuk meningkatkan etika dan peranan remaja perlu dilaksanakan oleh setiap keluarga. Pembangunan nilai berasaskan agama, persediaan memasuki alam remaja dan ketahanan diri menghadapi pergolakan sosial perlu ditanam dalam institusi keluarga.

5. Kehidupan dan pendidikan berasaskan agama mestilah diterapkan kepada remaja bagi menjamin kemantapan dan pemeliharaan akidah serta jati diri sempurna. Nilai baik dan etika hidup sihat perlu menjadi budaya kehidupan sesebuah institusi kekeluargaan.

6. Andainya penjagaan dan pendidikan remaja dapat dilihat sebagai sebatang pokok, maka pendidikan agama adalah akar tunjang kepada kekuatan remaja. Pendidikan terhadap anak-anak merupakan perkara yang amat penting dan dititikberatkan dalam ajaran Islam.Untuk mencapai kesempurnaan pendidikan anak-anak, ibu bapa perlu mewujudkan suasana yang harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumah tangga terlebih dahulu.

7. Sekiranya suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumah tangga, sukarlah bagi mereka mentarbiah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam. Maka dengan sebab itulah rumah, ibu bapa dan keluarga mesti dijadikan institusi penting dalam pembangunan seterusnya melahirkan anak-anak cemerlang.

Kita kerap diingatkan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasrani ataupun Majusi".

8. Ternyata bahawa berjaya atau tidaknya seorang anak itu menjadi insan yang cemerlang bergantung kepada didikan ibu bapa. Mungkinkah tanggungjawab yang berat ini dapat dipikul dan dilaksanakan oleh seorang ibu secara bersendirian? Jawabnya tentu tidak, kerana seorang ayah juga berperanan dalam pembentukan akhlak anak-anak.

9. Oleh yang demikian proses pentarbiahan anak-anak ini mengambil masa yang panjang dan sudah tentu menuntut ibu bapa untuk istiqamah dan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam apa juga bentuk pengorbanan yang perlu dilakukan. Oleh itu sebagai ketua dan pemimpin dalam keluarga, apakah kita sudah bersedia untuk dipertanggungjawabkan dan diadili di hadapan Allah kelak mengenai kepimpinan kita di dunia ini.

(Rencana Penulis yang tersiar dalam Utusan Malaysia- 13/01/2006)



Sunday, September 13, 2009

UMAT ISLAM DIGANGGU LAGI...!!!!!

POLIS mengepung dan mengiringi sekumpulan pelampau anti-Islam
yang menunjuk perasaan di depan sebuah masjid di London,
kelmarin keluar dari kawasan berkenaan iaitu hari ulang tahun kelapan
serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001

1.Polis antirusuhan menahan 10 orang semalam ketika menyuraikan ketegangan yang timbul akibat tunjuk perasaan anti-Islam di luar sebuah masjid di London pada hari ulang tahun serangan 11 September. Demonstrasi anti-Islam itu mencetuskan kemarahan kira-kira 1,000 pemuda Islam berdekatan Masjid Utama Harrow, barat laut London yang menyaksikan seorang ditahan kerana melanggar keamanan dan sembilan lagi kerana memiliki senjata seperti botol peluntur, tukul dan pahat.

2. Polis dikerahkan selepas sekumpulan pemuda Islam yang memakai topeng muka, melontar kayu dan batu ke arah kumpulan kecil penunjuk perasaan anti-Islam berkenaan. Suasana kecoh yang berlaku memaksa polis mengelilingi kumpulan tunjuk perasaan kulit putih itu kira-kira 500 meter dari masjid.

3. Demonstrasi itu dianjurkan oleh pertubuhan Hentikan Pengislaman Eropah (SIOE) yang kononnya berjalan dengan aman dengan seorang anggotanya, Stephen Gash menegaskan tidak mahu sebarang masjid dibina sehingga isu kebencian diselesaikan.

4. Pengunjung masjid menyatakan bahawa tindakan mereka adalah semata-mata melindungi rumah Allah. “Semua orang boleh menjalankan demonstrasi tetapi sekiranya anda melakukan hasutan kebencian ke atas manusia lain, ia tidak dibenarkan. Undang-undang Inggeris juga tidak membenarkannya,” kata Abdullah Al-Andalusi, 30.

5. Seorang penunjuk perasaan, Khairul Khan berkata, penunjuk perasaan Islam sebenarnya tidak menunjukkan perbuatan agresif. "Kami cuma mempertahankan masjid kami. Kami cuba untuk menghentikan mereka daripada menyerang rumah Tuhan kami," katanya.

6. Kebimbangan mengenai keganasan sedemikian kian meningkat selepas berlaku pergaduhan ketika perarakan menentang fundamentalisme Islam oleh sebuah kumpulan pelampau kanan, Liga Pertahanan England yang menyaksikan lebih 30 ditangkap di Birmingham.

7. Dalam pada itu, Setiausaha Komuniti Britain, John Denham memberitahu akhbar The Guardian satu strategi baru daripada kerajaan diperlukan untuk menangani isu yang cuba dieksploitasi oleh pelampau kaum. Britain memerlukan dasar baru untuk menangani isu berkaitan dengan eksploitasi rasis berikutan kejadian yang berlaku di luar sebuah masjid di London. Menurut Denham, menteri-menteri akan mendedahkan program kerajaan itu yang menjadikan komuniti berkulit putih dan kelas pekerjaan sebagai sasaran.

Friday, September 11, 2009

SAMY VELLU ISYTIHAR PERANG TERHADP TUN MAHATHIR & UTUSAN


1. Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu. Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".

2. Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan. "Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

3. Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini. Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

4. Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

5. Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar". Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.

6. Kepada Sami Bullu, selagi anda masih wujud dalam peta politik Malaysia, selagi itulah kaum india akan terus ketinggalan dan berpecah belah. Sami Bellu sekarang bukan lagi pejuang atau hero kepada masyarakat India tetapi telah menjadi LIABILITI dan BESI BURUK yang langsung tidak mempunyai nilai langsung. Apa mau tunggu lagi....piiiraaahhhhhh....

7. Sami Bullu....INGAT!!! jangan sekali-kali cuba mengusik Akhbar Utusan Malaysia dengan melabelkannya sebagai 'Akhbar Rasis' dan menuduh akhbar tersebut berlagak sebagai "abang Besar". Anda perlu ingat, mengusik Akhbar Utusan Malaysia seolah-olah anda telah menjentik telinga orang Melayu dan keadaan ini pasti akan membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu. Sami Bullu....INGAT!!!, Akhbar Utusan Malaysia amat sinonim dengan kebangkitan orang-orang Melayu kerana ianya sebagai wadah "Cetusan Hati Nurani Rakyat".

8. Ayuh kita kempen...."JENTIK TELINGA SAMI BULLU"

DELIMA ISA SAMAD

1. Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian tersebut petang semalam yang dihadiri oleh 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian. Cuma seorang AJK tidak hadir

2. Timbalan pengarah pilihanraya kecil BN bagi DUN tersebut, Mohd Faizal Ramli memberitahu bahawa tiada nama lain dicadangkan malam tadi. Sebaliknya, Faizal yang juga ketua Pemuda bahagian berkata, Isa merupakan calon tunggal yang dipersetujui sebulat suara malam tadi.

3. Katanya, menurut prosedurnya, perkara itu akan dimaklumkan kepada Umno negeri yang seterusnya akan dimajukan ke peringkat pusat. Sebelum ini, pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan dilaporkan berkata, pihaknya akan menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh Umno bahagian.

4. Walaubagaimanapun, menurut satu sumber yang diperolehi dari salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Negeri Sembilan. Terdapat usaha dari pihak-pihak tertentu untuk melobi memasukkan nama dari kalangan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian dalam senari calon yang akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti. Ini kerana, ramai pemerhati dan kepimpinan tertinggi UMNO sendiri mahu menampilkan muka baru dari kalangan Pemuda UMNO untuk dicalonkan dalam pilihanraya kecil tersebut.

5. Nampaknya, selagi pucuk pimpinan belum memutuskan atau mengumumkan nama calon untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, selagi itulah angan-angan TS Isa Samad untuk dicalonkan semula masih dalam keadaan ' tergantung'.

6. Kepimpinan UMNO mesti ingat, dalam kesemua 8 pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ni, pihak BN hanya menang 1 kawasan itupun di Sarawak dan yang lain semuanya bungkus. Jadi, adakah pihak UMNO-BN tidak mahu berbuat apa-apa atau membiarkan senario sebelum ini terus memalit. Bagi saya, kebarangkalian UMNO-BN tewas dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang amat besar seandainya isu pemilihan calon terus membarah dalam UMNO. UMNO perlu pastikan, bakal calon mestilah yang terbaik, disepakati oleh kepimpinan UMNO Bahagian dan diterima oleh semua pengundi kawasan untuk menjamin kemenangan.



Tuesday, September 8, 2009

BAGAN PINANG TENTUKAN HIDUP MATI UMNO-BN


1. Pada penilaian penulis pilihan raya kecil ke-9 ini sangat penting samaada bagi UMNO-BN dan Pakatan Rakyat (PR). Pilihan raya pertama di zon selatan ini memberi peluang kepada UMNO-BN dan PR menunjukkan belang dan taring mereka sebenarnya. Masa inilah UMNO-BN boleh membuktikan kepada rakyat, apakah mereka masih relevan dalam politik arus perdana dan sejauh manakah PR diterima umum seperti mana yang mereka dibanggakan selama ini.

2. BN yang kalah dalam tujuh pilihan raya kecil selepas PRU12 terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada Pas apabila kalah pada 17 Januari lalu. Bagaimanapun, BN mempertahankan DUN Batang Air di Sarawak pada 7 April. Selain itu, BN kalah di Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 dan lima lagi pada tahun ini - Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau (7 April), DUN Penanti (31 Mei), DUN Manek Urai (14 Julai) dan DUN Permatang Pasir (25 Ogos).

3. Sebab itulah bagi penulis pertandingan di Bagan Pinang bukan sekadar mengisi kekosongan sebaliknya lebih besar makna khususnya buat BN. Di Negeri Sembilan nampaknya, kepimpinan negeri dalam UMNO sudah menyedari bahawa BN tiada pilihan kecuali memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

4. Ada dua sebab utama mengapa UMNO-BN perlu mengekalkan kerusi tersebut. Pertama, kekalahan tentu menyebabkan kedudukan kerajaan negeri goyang dan tidak selamat. Ini kerana BN sebelum ini hanya mempunyai 20 kerusi iaitu kelebihan empat kerusi berbanding 16 wakil pakatan pembangkang. Dari segi hakikat suara dalam DUN Negeri Sembilan sebelum ini, hanya 19 wakil rakyat BN boleh mengundi. Ini kerana seorang lagi ADUN, Datuk Razak Mansor dilantik sebagai Speaker DUN yang hanya boleh memberi undi pemutus ketika keputusan seri.

5. Sebab itu, peringatan kepada BN ialah jika kalah di DUN Bagan Pinang, pakatan pembangkang akan meningkat suaranya kepada 17 undi dalam DUN manakala suara BN kurang satu kepada 18 undi iaitu hanya kelebihan satu undi.

6. Sebab kedua yang tidak kurang pentingnya ialah demi kelangsungan UMNO-BN ialah kemenangan di Bagan Pinang bakal menamat atau menghentikan momentum di pihak PR yang menang berterusan dalam tujuh pilihan raya kecil sebelum ini. BN harus sedar dalam suasana politik semasa, faktor jaminan "calon mampu menang" amat penting dan majoriti 2,333 yang diperoleh dalam PRU12 bukanlah jaminan untuk mengekalkan kerusi itu.

7. Pas menerusi calonnya dalam PRU-12, Ramli Ismail telah membuktikan parti itu semakin diterima di Bagan Pinang apabila memperoleh 4,097 undi. Undi majoriti untuk BN merosot berbanding majoriti 4,411 undi pada PRU11.

8. Lantaran itu, UMNO-BN perlu menghadapi pilihan raya kecil ini dengan perancangan yang paling smart dan strategis. Seluruh jentera dan tenaga UMNO-BN perlu disepadukan. Jangan sekali-kali ada mana-mana individu atau puak yang ingin mencari political mileage di sini tetapi carilah kemenangan bersama demi survival politik UMNO-BN.

9. Oleh itu, kepada pihak UMNO-BN, ingatlah kejayaan dalam pilihan raya kecil kali ini sangat bererti bagi UMNO-BN. Ia akan menzahirkan dan membuktikan kelangsungan hidup mati riwayat politik UMNO-BN dalam arus perdana. Kalah menunjukkan UMNO-BN boleh bersiap sedia menggali kubur di negeri berkenaan dan melenyapkan pengaruhnya dalam persediaan menghadapi PRU yang ke-13.


Saturday, September 5, 2009

BUKTI KEGAGALAN KHALID IBRAHIM



1. KECOH...Tiada keputusan yang dapat dicapai dalam sesi dialog yang diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama penduduk di Seksyen 23 Shah Alam mengenai penempatan semula isu kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Sebaliknya berlaku kekecohan ketika sesi dialog tersebut berlangsung.

2. Turut hadir ialah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, wakil Majlis Bandaraya Shah Alam dan beberapa wakil daripada kerajaan negeri. Sesi dialog tersebut diadakan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


3. Inilah sebahagian dalil-dalil yang membuktikan, Khalid Ibrahim sememangnya gagal dan tidak layak memimpin Negeri Selangor. Dan yang lebih penting, kekecohan yang berlaku di Selangor ketika ini menunjukkan PR keseluruhannya tidak mempunyai keupayaan untuk memimpin negara.