Friday, September 11, 2009

DELIMA ISA SAMAD

1. Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian tersebut petang semalam yang dihadiri oleh 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian. Cuma seorang AJK tidak hadir

2. Timbalan pengarah pilihanraya kecil BN bagi DUN tersebut, Mohd Faizal Ramli memberitahu bahawa tiada nama lain dicadangkan malam tadi. Sebaliknya, Faizal yang juga ketua Pemuda bahagian berkata, Isa merupakan calon tunggal yang dipersetujui sebulat suara malam tadi.

3. Katanya, menurut prosedurnya, perkara itu akan dimaklumkan kepada Umno negeri yang seterusnya akan dimajukan ke peringkat pusat. Sebelum ini, pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan dilaporkan berkata, pihaknya akan menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh Umno bahagian.

4. Walaubagaimanapun, menurut satu sumber yang diperolehi dari salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Negeri Sembilan. Terdapat usaha dari pihak-pihak tertentu untuk melobi memasukkan nama dari kalangan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian dalam senari calon yang akan dihantar kepada pucuk pimpinan parti. Ini kerana, ramai pemerhati dan kepimpinan tertinggi UMNO sendiri mahu menampilkan muka baru dari kalangan Pemuda UMNO untuk dicalonkan dalam pilihanraya kecil tersebut.

5. Nampaknya, selagi pucuk pimpinan belum memutuskan atau mengumumkan nama calon untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang, selagi itulah angan-angan TS Isa Samad untuk dicalonkan semula masih dalam keadaan ' tergantung'.

6. Kepimpinan UMNO mesti ingat, dalam kesemua 8 pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ni, pihak BN hanya menang 1 kawasan itupun di Sarawak dan yang lain semuanya bungkus. Jadi, adakah pihak UMNO-BN tidak mahu berbuat apa-apa atau membiarkan senario sebelum ini terus memalit. Bagi saya, kebarangkalian UMNO-BN tewas dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang amat besar seandainya isu pemilihan calon terus membarah dalam UMNO. UMNO perlu pastikan, bakal calon mestilah yang terbaik, disepakati oleh kepimpinan UMNO Bahagian dan diterima oleh semua pengundi kawasan untuk menjamin kemenangan.



No comments: