Tuesday, March 27, 2012

PAS - AKAN BERLAKUNYA KEJUTAN DI PULAU PINANG


Benarkah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Salleh Man akan keluar parti dalam waktu terdekat? Adun Permatang Pasir itu juga dikatakan akan membuat kejutan pada ceramah Hassan Ali di Permatang Pasir pada 7 April nanti.

Menurut laporan sebuah blog, kamisedia.blogspot.com, Ustaz Salleh Man berasa tertekan kerana PAS dalam kerajaan Pulau Pinang seumpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam.

Salleh juga didakwa kurang selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh ahli PAS sendiri yang mahukan wakil mereka menjawat jawatan penting didalam kepimpinan negeri.

Selain itu, blog terbabit juga mendedahkan bahawa pemimpin utama PAS negeri tersebut tidak dapat menerima jika DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Blog terbabit juga mendedahkan gambar pertemuan Salleh Man bersama dengan penyelaras BN Dun Permatang Pasir, Tuan Haji Rahim Man dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Saudara Zaidi.

Tahun lepas, negara dikejutkan dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik pilihanraya DAP yang membongkarkan usaha parti tersebut yang didakwa mahu kristian dijadikan agama rasmi negara.

Berikutan pendedahan tersebut, beliau mendapat pelbagai ugutan dari bekas partinya.