Showing posts with label Sembang sukan. Show all posts
Showing posts with label Sembang sukan. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH...TAHNIAH....TAHNIAH......

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan gemilang merangkul
Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia
secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

SYABAS DAN TAHNIAH... Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.

Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.

Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol No. 1 Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.

Pemain Malaysia meraikan kejayaan Safee Sali menjaringkan gol awal ketika menentang Indonesia pada perlawan akhir kedua, Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.

Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53. Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.

Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri. Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.

Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.

Wednesday, December 29, 2010

FINAL Piala AFF Suzuki 2010- PARANORMAL RAMAL BERLAKU RUSUHAN

Pasukan Indonesia berlatih menjelang perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 melawan Malaysia,
dengan mengangkat gawang, di Lapangan PSSI Komplek Stadion Utama Gelora Bung Karno,


JAKARTA, KOMPAS.com - Paranormal Ki Joko Bodo memprediksikan akan terjadi kerusuhan pada final leg kedua piala AFF 2010 antara Indonesia melawan Malaysia yang akan berlangsung di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, Rabu (29/12/2010). Namun, dia tak merinci kerusahan yang dimaksud.
..........................................................................................................................................................................
Dalam masa yang sama, meskipun ragu berhubung keselamatan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010, sekumpulan 300 penyokong tempatan tetap mahu bersama skuad negara ketika menentang pasukan tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam Rabu.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta, Selasa bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC Mohd Nasir Mohd Yunus berkata kehadiran penyokong negara di sana itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan marilah kita bersama-sama mendoakan agar perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 malam ini berlangsung dalam suasana semangat muhibbah dan menampilkan aksi semangat kesukanan yang tinggi.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita menyeru agar pihak berwajib dan pihak keselamatan Indonesia memberi keutamaan yang sewajarnya terhadap tahap keselamatan para pemain, pegawai dan penyokong Malaysia.

All The Best Team MALAYSIA....