Friday, September 4, 2009

SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL...

Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil iaitu pilihan raya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.

DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.

Pada pilihan raya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.

Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.

Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang di Hospital Pakar Seremban. Azman berusia 55 tahun.

Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi.

Bagaimanapun dalam situasi politik negara sekarang, adalah jelas sekali, pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti pasti menyaksikan persaingan yang sengit.

Apatah lagi Parlimen Telok Kemang sekarang dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat. Terdapat lima DUN di dalam kawasan Parlimen Telok Kemang. Tiga dikuasai oleh pembangkang manakala BN dua kerusi.

Kerusi-kerusi yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat ialah DUN Chuah (PKR), DUN Lukut (Dap) dan DUN Port Dickson (PKR).

Manakala DUN yang dikuasai BN pula selain Bagan Pinang ialah DUN Linggi.

* Jika kawasan ini, yang dikatakan kubu kuat BN dari dulu akan jatuh ke pangkuan Pakatan Rakyat. Ini menandakan satu malapetaka yang dahsyat akan melanda BN dalam PRU- yang ke-13. Kita tunggu dan lihat....

KHAIRY vs HISHAMUDDIN




1. Dalam diam...tanpa jawatan dalam Kabinet, nampaknya Khairy Jamaludin semakin menampakkan taringnya. Beliau secara perlahan-lahan memuntahkan satu persatu idea-idea bernasnya berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Hari ini KJ mencadangkan agar perintah penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dibuat oleh menteri dalam negeri seperti sekarang.

2. Sebaliknya, ujar KJ, perintah tahanan tersebut hendaklah dikaji oleh mahkamah atau satu badan berkecuali. "Ini juga supaya menteri dalam negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik," katanya.

3. Jelas sekali KJ sedang bermain politik dengan Hishamudin selaku Menteri Dalam Negeri. Apakah KJ sudah melihat ruang dan mengambil kesempatan di atas kelemahan Hishamuddin. Idea yang dilontarkan KJ ini menggambarkan kebolehan beliau berhadapan dengan situasi atau sesuatu isu dengan bijaksana.

4. KJ juga berpendapat sesiapa yang ditahan mengikut ISA boleh mendapat keadilan melalui satu mekanisme kehakiman yang dicadangkan itu. KJ berkata Pemuda Umno akan menyerahkan satu memorandum kepada Hishammuddin minggu hadapan yang akan mengusulkan beberapa perkara yang perlu dipinda.


ADILNYA ISLAM


1. Hukuman sebat oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah walaupun matlamatnya sama iaitu untuk memberi pengajaran kepada pesalah, namun ia mempunyai perbezaan yang ketara khususnya dalam kaedah pelaksanaannya.

2. Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sebatan syariah hanyalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah tanpa mendatangkan kecederaan parah.

3. Contoh hukuman sebat syariah di Pahang yang diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.

4. Sehubungan itu, saya amat bangga dan berterima kasih kepada pihak media cetak yang telah memberikan penjelasan perbezaan tentang kaedah pelaksanaan hukuman sebat berdasarkan Syariah dan Sivil.

5. Jadi, kepada mereka-mereka yang sebelum ini (macam cacing kepanasan) tak kira sama ada pemimpin politik, NGO, individu atau yang sewaktu dengannya yang membantah keras pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang bekas model supaya membuka mata dan minda. Jangan dok asyik nak mempertahankan atau membela, kononnya atas nama 'Human Right'.

6. Lepas ni, kepada mereka-mereka yang kuat sangat nak membantah tu..rajin-rajinlah pegi dengar kuliah agama dekat surau atau masjid. Jangan jadi BEBAL dan Bodoh SOMBONG.

PROJEK 16 SEPTEMBER: ANWAR SERANG TERENGGANU

Berita sembilan Adun Umno Terengganu akan melompat parti semakin panas diperkatakan. Terbaru, seorang Exco kerajaan negeri dikatakan sudah tidak sabar lagi dengan apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Ahmad Said. Beliau dikatakan mengugut akan meletakkan jawatan tidak lama lagi jika keadaan yang ada terus berkekalan. Isu yang berlaku di Terengganu sangat-sangat tidak disenangi oleh Adun Umno khasnya yang tidak bersama dalam kem Ahmad Said.

Ini kerana, sejak tersisih mereka kehilangan segala-galanya bukan sahaja jawatan bahkan juga projek-projek kerajaan negeri. Mereka bukan lagi hanya bersaing dengan penyokong Ahmad Said bahkan juga mereka yang berselindung di belakang Istana Terengganu yang menabalkan Ahmad Said.

Ahmad dilantik sebagai MB Terengganu selepas pilihan raya umum 2008 apabila Datuk Seri Idris Jusoh ditolak oleh istana walaupun nama beliau dikemukakan oleh Umno sebagai bakal MB. Akibat tidak bersetuju dengan penolakan terhadap Idris, sekumpulan ahli Umno telah mengadakan demo di perkarangan kediaman rasmi MB Terengganu dan menaikkan beberapa kain rentang yang amat sensitif.

Antara kain rentang itu berbunyi “Kami nak Deris Jusoh natang”. Ia disiarkan oleh sebuah stesen TV dan gambarnya disebarkan merata-rata selepas itu. Tafsiran yang berbangkit dari kain rentang itu amat ketara iaitu seolah-olah mereka menyifatkan Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agung adalah ‘binatang’. Sejak itu, hubungan antara penentang istana dengan istana semakin renggang.

Ada juga yang mendakwa, Ahmad Said bukan lagi MB Terengganu yang sebenar tetapi pihak yang mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku terhadap beliau. Ekoran itu, peluang perniagaan dan projek untuk penentang Ahmad Said semakin tipis bahkan hilang terus. Ini menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan lain. Jalannya adalah bekerjasama dengan PAS dan membentuk kerajaan baru kerana PAS juga mempunyai hubungan baik dengan istana Terengganu.

Menurut satu sumber, Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mengadakan pertemuan bersama sembilan ADUN Umno Terengganu tetapi tidak pasti ia melibatkan usaha menggulingkan kerajaan negeri. Wakil rakyat Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui bahawa pertemuan antara Anwar dan sembilan orang wakil rakyat itu – yang diura-urakan menyertai PKR sebelum bergabung dengan lapan ADUN PAS – memang telah diadakan. Nawi bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai maklumat lengkap kandungan perbincangan kedua-dua pihak berkenaan.